Ahad, 29 Mac 2015



Ciri-Ciri Pantun
  • Pantun ialah karangan berangkap yang menggunakan bahasa-bahasa indah.
  • Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
i)                  Bahagian pembayang atau sampiran yang biasanya menggunakan unsur alam seperti nama haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
ii)               Bahagian maksud iaitu isi yang ingin disampaikan.
  • Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud.
  • Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud.
  • Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar.
  • Bagi pantun dua kerat rima akhir dalam bentuk 'a,a'.
  • Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk 'a,b,a,b'.
  • Contoh pantun dua kerat :
         Gendang gendut tali kecapi, (a)
         Kenyang perut suka hati. (a)
  • Contoh pantun empat kerat :
        Pulau Pandan jauh ke tengah, (a)
          Gunung Daik bercabang tiga, (b)
      Hancur badan dikandung tanah, (a)
          Budi yang baik dikenang juga. (b)