Ciri-Ciri Pantun
- Pantun ialah karangan berangkap yang menggunakan bahasa-bahasa indah.
- Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
i)
Bahagian pembayang atau sampiran yang
biasanya menggunakan unsur alam seperti nama haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
ii)
Bahagian maksud iaitu isi yang ingin
disampaikan.
- Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud.
- Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud.
- Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar.
- Bagi pantun dua kerat rima akhir dalam bentuk 'a,a'.
- Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk 'a,b,a,b'.
- Contoh pantun dua kerat :
Gendang gendut tali kecapi, (a)
Kenyang perut suka hati.
(a)
- Contoh pantun empat kerat :
Pulau
Pandan jauh ke tengah, (a)
Gunung Daik bercabang tiga, (b)
Hancur badan dikandung tanah, (a)
Budi yang baik dikenang juga. (b)
Catat Ulasan