TATABAHASA



Tatabahasa : Kata Kerja 

1.
Kata kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan.
2.
Perbuatan dilakukan oleh manusia, binatang, atau benda.
3.
Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

(a)
kata kerja transitif

(b)
kata kerja tak transitif
4.
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti objek selepasnya untuk membentuk predikat ayat.

Contoh :  Kakak membasuh baju.

“Membasuh” ialah kata kerja transitif manakala “baju” pula ialah objek bagi kata kerja “membasuh”. “…membasuh baju.” merupakan predikat bagi ayat tersebut.
5.
Kata kerja transitif dapat dibahagikan pula kepada dua, iaitu:

(a)
kata kerja transitif dalam ayat aktif
Contoh : Puan Minah membuka pintu bilik.

(b)
kata kerja transitif dalam ayat pasif.
Contoh : Pintu bilik dibuka oleh Puan Minah.
6.
Kata kerja tak transitif ialah kata yang tidak memerlukan objek selepasnya.
7.
Kata kerja ini boleh berdiri sendiri sebagai frasa kerja untuk bertugas sebagai predikat ayat.
Contoh:  Kumar berenang..

“Berenang” ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek selepasnya.
8.
Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua, iaitu

(a)
kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
Contoh : Ibu saya masih tidur.

(b)
kata kerja tak transitif berpelengkap
Contoh :  Kami tinggal di Seremban.

 



Tatabahasa : Kata Ganti Nama

Nota 

1.
Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama manusia.
2.
Kata ganti nama terbahagi kepada:

i.
kata ganti nama diri

ii.
kata ganti nama tunjuk
3.
Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
4.
Kata ganti nama diri terbahagi kepada:

i.
kata ganti nama diri pertama – contoh :saya, aku, daku, patik, hamba , kita, kami dan lain-lain.


ii.
kata ganti nama diri kedua – contoh :anda, awak, kamu, engkau, tuanku dan lain-lain

iii.
kata ganti nama diri ketiga – contoh : baginda, beliau, mereka dan lain-lain

5.
Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan untuk  menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk  - contoh :  ini,  itu


Tatabahasa : Kata Nama Am dan Khas 

Kata Nama

1.
Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang, binatang, benda, tempat dan sebagainya.
2.
Kata nama terbahagi kepada:

a.
kata nama am

b.
kata nama khas

c.
kata ganti nama


Kata Nama Am
Menyatakan manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan atau sebagainya.

·
·
ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata itu
Contoh:
doktor , kucing , sabit , kota , rumput dan lain-lain lagi


Kata Nama Khas
Merujuk kepada nama orang, nama binatang, nama tempat, nama bandar, nama negeri, nama judul buku.

  ·
ditulis dengan huruf besar di pangkalnya.

 ·
Contoh:
 Ruzila , Tompok , Petaling Jaya , Sabah , Bandar  Baru Uda , Rentung





Tatabahasa : Penjodoh Bilangan

NOTA
Senarai Penjodoh Bilangan serta Penggunaannya 
 
Penjodoh Bilangan
Penggunaannya dan Contoh Ayat
1.  angkatan
Digunakan untuk kumpulan manusia dan benda seperti tentera, penulis, kapal, dan sebagainya.

Contoh Ayat:
Seangkatan penulis muda sedang berbengkel di dewan itu.
2.  bidang  
Digunakan untuk benda-benda yang luas seperti tanah, tikar, layar, dan sebagainya.

Contoh Ayat:
Ayah Amiera memiliki empat bidang tanah di Kota
3.   carik
Digunakan untuk benda-benda yang dikoyakkan seperti kertas, kain, dan sebagainya.

Contoh Ayat:
Secarik kain telah digunakan untuk mengesat luka adik.
4.   cucuk
Digunakan untuk sesuatu yang dicucuk dengan lidi seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya.

Contoh Ayat:
Saya tidak termakan dua puluh cucuk sate yang dihidangkan oleh ibu Liza.
5.   das
Digunakan untuk bunyi tembakan atau letupan seperti pistol, senapang, dan meriam

Contoh Ayat:
Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah sekumpulan pengganas bagi meredakan keadaan
6.   iris
Digunakan untuk sesuatu yang dipotong tipis-tipis seperti daging, bawang, dan sebagainya.

Contoh Ayat:
Beberapa iris timun telah diletakan dalam pinggan sebagai hiasan.
7.   kepal
Digunakan untuk sesuatu yang disukat dengan genggam tangan seperti pulut, nasi, dan sebagainya.
Contoh Ayat:
Ibu menyuapi adik sekepal nasi lembik.
8.   puntung
Digunakan untuk kayu, rokok, dan sebagainya yang berlebih daripada yang terbakar.

Contoh Ayat:
Kebakaran itu berpunca daripada sepuntung rokok.



Tatabahasa : Kata Sendi
NOTA
1.
Kata sendi ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.

2.
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata-kata sendi nama yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah:

di
bagi
laksana
antara
ke
demi
sejak
untuk
dari
tentang
terhadap
dengan
daripada
seperti
akan
dalam
pada
bagai
oleh
sampai
kepada
umpama
hingga


3.
Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun setiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus.

4.
Yang berikut ini ialah contoh panduan penggunaan kata sendi dalam ayat.

Kata Sendi
Penggunaannya
Ayat Contoh
akan/kepada/terhadap
untuk menunjukkan emosi dan sikap
1. Aminah sayang akankucing itu.
2. Ya Allah,kepada-Mu, aku berserah.
3. Ali mengambil beratterhadappelajaran.
bagi/untuk
untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
1. Pen itu dibeli untukanaknya.
2. Jamuan itubagi guru-guru baru.
dari
untuk menunjukkan tempat dan masa
1. Mereka baru pulang dariLondon.
2. Dia tidurdari petang semalam.
daripada
untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan
1. Pasukan itu lebih hebatdaripadapasukan lain.
2. Kuih itu dibuatdaripadatepung sagu.
3. Anggota pancaragam itu terdiridaripadamurid-murid sekolah.
di
Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
1. Ibunya bekerja disekolah itu.
2. Pengembara itu sesat didalam hutan.
.3. Beg tangannya terletak di atas meja.
dengan
untuk menyatakan makna bersama-sama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat.
1.Aminah ke kedai dengansuaminya
2. Di dapat memenangi pertandingan itu denganusaha bersungguh-sungguh.
3. Ahmad menulisdengan pen.
4. Pendapatan bulanan ayah Ali samadengan ayah Muthusamy..
hingga/sampai
untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu
1. Dia bermainhingga lewat senja.
2. Pembawa obor sukan Olimpik itu berlari dari Johor BahrusampaiChanglun.
ke
untuk tempat dan benda konkrit
1. Pada cuti penggal, ramai yang menujuke Kuala Lumpur.
2. Gelas kaca itu terhempaske lantai lalu  pecah berderai.
kepada
menunjukkan orang atau ganti diri
Kes jenayah berat itu diserahkankepada pihak polis.
Oleh


untuk menunjukkan pelakuan pasif yang berawalan di- dan ter-
1. Buku itu dibaca olehSalmi
2. Bukit yang tinggi itu terdakiolehnya.
pada
untuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
1. Kereta api tiba padapukul lima petang.
2. Novel itu ada padaRahim.
3. Perkara itu benar padapandangan saya.
4. Serikaya itu disapukanpada roti.
sejak
untuk menyatakan makna suatu jangka masa
Dia tidak makan sejaksemalam.
seperti/umpama/bak
untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain
1. Suasana dalam kelas itu bising sepertikeadaan di pasar.
2. Badannya besarumpama ahli gusti Sumo Jepun.
3. Hidung Aminah mancung bakseludang.
tentang
untuk menyatakan makna mengenai sesuatu
Beliau berucaptentangmasalah penagihan dadah.


Tatabahasa : Kata Ganda
1.
Kata ganda terbentuk daripada kata dasar  yang diulang atau digandakan seluruhnya atau digandakan sebahagiannya sahaja.
2.
Terbahagi kepada empat:

i.
Kata ganda seluruh
Contoh:
ibu-ibu , pokok-pokok, murid-murid dan sebagainya

ii.
Kata ganda separa
Contoh:
bebuli, pepohon, lelayang, kekuda dan sebagainya

iii.
Kata ganda bersajak
Contoh:
licin-licau, ulang-alik , suku-sakat dan sebagainya

iv.
Kata ganda berimbuhan
Contoh:
sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan dan sebagainya

Tatabahasa : Kata Penegas, Kata Nafi, dan Kata Pemeri
1.
Kata penegas, kata nafi dan kata pemeri merupakan antara jenis-jenis kata tugas.
2.
Kata penegas ialah kata  yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
3.
Contoh-contoh kata penegas adalah seperti -kah, -tah,  -lah,  juga, jua, pun, sahaja, lagi dan memang.
4.
Perhatikan contoh penggunaan kata penegas dalam ayat-ayat yang berikut:
(a)    Siapakah yang datang itu?
(b)    Apatah nasib kita.
(c)     Pemuda itulah tunangnya.
(d)    Kami juga ingin ke sana.
(e)    Cikgu Halim pun turut serta dalam lawatan itu.
(f)       Hamid memang kuat makan.
(g)    Hujan masih belum berhenti lagi

5.
Kata nafi ialah kata yang menafikan atau menidakkan frasa-frasa predikat ayat.
6.
Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
7.
Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

Contoh:     
(a)     Rashidah bukan rakan sekelas saya. 
(b)     Hadiah ini bukan untuk saya. 

8.
Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh: 
(a)     Ali tidak datang ke sekolah semalam. 
(b)     Tuduhannya itu tidak benar.

9.
Kata ialah merupakan kata pemeri yang diletakkan di hadapan  kata nama, manakala kata adalah diletakkan di hadapan  kata adjektif dan kata sendi nama. 
Contoh: 
(a)       Pemenang pertandingan itu ialah Kumpulan Biru. 
(b)       Cerita yang kamu dengar itu adalah karut semata-mata. 
(c)        Kelemahan penyanyi itu adalah dari segi komunikasinya dengan
    penonton.

Catat Ulasan