Rabu, 12 Disember 2012


KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


Kemahiran Mendengar 

Kemahiran mendengar : Merupakan kemahiran yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan (receptive level).Seseorang murid yang telah menguasai kemahiran ini harus dapat mendengar dengan baik maklumat yang disampaikan dan memahami apa yang disampaikan seterusnya menginterpretasikan apa yang mereka fahami daripada maklumat tersebut.
Dalam buku ‘Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan’ yang ditulis oleh Kamarudin Haji Husin menyatakan bahawa pendengaran merupakan gabungan segala yang didengar, difahami dan dingat.

Kemahiran bertutur 

 Kemahiran bertutur : iaitu kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan manusia. Merupakan kemahiran interaksi menggunakan bahasa. Ianya berlaku pada peringkat productive level. Ianya tidak boleh dicipta oeh pelajar tetapi ia mesti ditiru dan diajuk.Dalam kemahiran bertutur sebutan dan intonasi amat dititikberatkan, oleh itu guru mestilah dapat memastikan murid mereka dapat membezakan sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai.  Menjadi tugas guru juga dalam memastikan murid dapat mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun menggunakan frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan.

KEMAHIRAN MEMBACA


Kemahiran membaca adalah salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca merupakan susulan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Menerusi pembacaan, seseorang berupaya memperoleh ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca membantu meningkatkan dan memperluaskan pemikiran,idea serta meningkatkan daya kemahiran kreatif dan kritis seseorang individu dalam pelbagai bidang.

Membaca merupakan proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.



 KEMAHIRAN  MENULIS

Kemahiran menulis menulis merujuk kebolehan murid menulis perkataan & ayat serta  mengeluarkan idea menerusi  pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman Kreatif atau bukan kreatif.Ia juga melibatkan penggunaan ayat yg gramatis, tanda baca dan predikat yg betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemasserta  ejaan yang betul.




Konsep Menulis

 Kemahiran murid berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.-Murid perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.