Pemahaman : Puisi
Baca puisi
di bawah ini, kemudian jawab semua soalan yang berikutnya.
Suria…
kau
segala-galanya
tanpamu
semua tidak menjadi,
sinarmu
amat berharga,
tiada
bandingannya.
Suria…
kau
pembawa tuah,
sinar fajarmu
menyihatkan diri,
baik tua,
muda mahupun bayi.
sinaranmu
menghindar duka.
Suria…
kau
pembawa rezeki,
perniagaanku
bertambah laris,
jika
terikmu mengering tekakku,
air
menjadi pengubat diri.
Suria…
kau
penyambung nyawa,
tanamanku
tidak menjadi,
walaupun
keringat membasahi diri,
Jika
sinarmu tidak berseri.
Suria…
baktimu
tiada tandingan,
walaupun
emas menggunung tinggi,
cahayamu
tetap kunanti,
kau
sungguh bermakna
Kepentingan
Matahari kepada Manusia
1. Suria atau matahari adalah sangat
berharga kepada semua yang hidup.
2. Suria membawa tuah kerana cahaya
paginya dapat mengubati penyakit bagi bayi dan orang tua.
3. Peniaja yang paling beruntung pada
waktu panas terik ialah penjual minuman.
4. Semua tanaman atau pokok-pokok memerlukan
cahaya matahari untuk membina makanannya sendiri.
5. Bakti matahari kepada manusia
tidak dapat dijual beli walaupun dengan wang dan emas yang banyak.
|
Pemahaman : Cereka
Pada zaman dahulu, di sebuah kampung terpencil yang
bernama Kampung Wak Raja, tinggallah sepasang suami isteri bersama-sama dengan
seorang anak lelaki mereka yang bernama Alif. Alif merupakan seorang yang
sangat baik, rajin dan taat kepada ibu bapanya. Kedua-dua orang tua itu sangat
sayang akan Alif.
Pada
suatu hari, ayah Alif yang menghidap penyakit ganjil telah meninggal dunia .
Akibat kemiskinan yang dihadapi, akhirnya Pak Usup telah meninggal
dunia kerana tidak dirawat oleh tabib. Tinggallah Alif dengan ibunya. Hidup
mereka semakin tertekan kerana mereka sangat miskin.
Apabila peperangan yang meletus agak
berpanjangan di negerinya , Alif dan ibunya terpaksa mengambil keputusan untuk
menyelamatkan diri dengan keadaan sehelai sepinggang . Mereka tidak
mempunyai wang. Alif menggunakan keringatnya dan telah masuk ke hutan
untuk mencari buah-buahan sebagai makanan mereka.
Apabila
tiba di hutan, Alif terjumpa sebatang pokok yang lebat buahnya. Alif memanjat
pokok itu dan memetik buahnya.
Setelah
banyak buah dipetik, Alif mengasingkan buah-buahan itu. Buah yang masak
dimasukkan ke dalam bakul pertama. Buah itu untuk ibunya. Buah yang muda untuk
dirinya dimasukkan ke dalam bakul kedua.
Dalam
perjalanan pulang, Alif bertemu dengan beberapa orang perompak. Perompak-perompak
itu menangkapnya.
"Hai,
budak, apa engkau buat di sini?" soal ketua perompak.
"Saya
mencari buah-buahan," kata Alif.
"Mencari
buah-buahan? Mengapa?" tanya ketua perompak.
"Saya
orang miskin, saya tidak ada duit untuk membeli makanan. Buah-buahan inilah
yang menjadi makanan saya dan ibu," jawab Alif.
Ketua
perompak nampak dua buah bakul yang dibawa oleh Alif. Sebuah berisi buah yang
masak dan sebuah lagi berisi buah yang muda.
"Mengapa
kamu letakkan buah yang masak ke dalam sebuah bakul yang lain," tanya
ketua perompak itu.
"Buah-buah
yang masak untuk ibu dan buah-buah yang muda untuk saya sendiri," jawab
Alif.
Sekarang,
ketua perompak faham punca buah-buahan itu diasingkan. Semua perompak itu
kasihan melihat Alif. Mereka tahu bahawa Alif seorang budak yang baik, taat
serta kasih kepada ibunya.
"Wahai
budak, engkaulah anak yang rajin dan taat kepada ibu. Nah, ambil wang ini,
belilah makanan untuk kamu dan ibu," kata ketua perompak.
"Terima
kasih tetapi saya tidak boleh menerima wang ini," kata Alif.
"Mengapa?"
tanya ketua perompak.
Sikap
Alif menjadikan ketua perompak insaf. Dia menyuruh pengikutnya memulangkan harta
yang dicuri mereka. Alif pun pulang ke rumahnya.
Berdasarkan petikan tadi, di bawah ini disenaraikan watak serta sikap atau
maklumat penting yang berkaitan.
Watak
|
Sikap/Maklumat
|
Alif
|
seorang anak yang baik , rajin dan taat
kepada ibu bapanya.
|
Pak Usup
|
meninggal dunia akibat penyakit ganjil.
|
Ibu Alif
|
terpaksa
menyelamatkan diri bersama-sama dengan anaknya akibat peperangan
yang berpanjangan.
|
Ketua Perompak
|
insaf dan
menyuruh pengikutnya memulangkan harta yang dicuri oleh mereka.
|
Kampung Wak Raja
|
sebuah kampung yang terpencil.
|
Pemahaman : Jadual
1.
|
Jadual
terdiri daripada baris dan lajur.
|
2.
|
Tujuan
jadual adalah untuk menyatakan sesuatu perkara atau aktiviti dalam bentuk
yang lebih mudah dan sistematik .
|
3.
|
Jadual
lazimnya mempunyai tajuk yang ditulis di bahagian atas jadual.
|
4.
|
Jadual
merupakan suatu bentuk penulisan teknikal, bertujuan menghubungkan
sesuatu perkara dengan perkara yang lain, misalnya kegiatan dengan masa, masa
dengan tempat, acara dengan penganjur, dan sebagainya.
|
5.
|
Jadual ada
yang ringkas dan ada yang lebih kompleks.
|
6.
|
Jadual
yang lengkap biasanya memenuhi persoalan-persoalan apa, siapa, di mana,
bagaimana, bila dan mengapa.
|
7.
|
Lihat
contoh jadual di bawah ini.
|
|
|
8.
|
Dalam
soalan pemahaman, pelbagai bentuk soalan boleh ditanya daripada jadual, sama
ada yang tersirat atau yang tersurat.
|
9.
|
Adakalanya
soalan pemahaman yang ditanyakan tidak dinyatakan secara langsung
dalam jadual. Oleh itu, murid-murid perlu memahami dan mentafsir jadual
dengan teliti sebelum menjawab soalan yang dikemukakan.
|
Pemahaman : Catatan
1.
|
Catatan
merupakan suatu cara untuk merakamkan sesuatu peristiwa yang pernah dialami,
didengar atau dilihat oleh seseorang individu dalam bentuk penulisan.
|
|
2.
|
Catatan biasanya
ditulis dengan menyatakan masa serta tarikh.
|
|
3.
|
Untuk
menjawab soalan pemahaman berbentuk catatan, pelajar perlu memahami catatan
tersebut secara keseluruhan terutama dari segi urutan peristiwa dan masa
serta tarikh sesuatu peristiwa berlaku.
|
|
4.
|
Hal ini demikian
kerana banyak soalan yang ditanyakan berkait dengan aspek-aspek tersebut.
|
|
5.
|
Sebaik-baiknya, sebelum menjawab soalan,
bacalah keseluruhan petikan sekurang-kurangnya dua kali.
|
|
6.
|
Baca
dengan teliti serta fahami setiap peristiwa yang dicatatkan.
|
|
7.
|
Setelah
memahami isi utama dalam petikan, bacalah pula soalannya dengan tenang.
|
|
8.
|
Fahami
kehendak soalan dan rujuk petikan untuk mendapatkan jawapannya.
|
|
9.
|
Pada umumnya, soalan-soalan pemahaman dapat
dikategorikan kepada tiga bentuk, iaitu
|
|
|
a.
|
soalan yang jawapannya tersurat;
|
|
b.
|
soalan yang jawapannya tersirat;
|
|
c.
|
soalan tentang perbendaharaan kata/peribahasa
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pemahaman : Syarahan
TIP
|
Catat Ulasan