PENULISAN



Penulisan : Karangan Jenis Fakta
1.
Sebelum mula menulis karangan, sediakanlah rangka karangan terelebih dahulu.
2.
Rangka karangan penting kerana dapat dijadikan panduan ketika menulis karangan. Dengan adanya rangka karangan, karangan anda akan menjadi lebih terssusun serta tidak menyimpang daripada tajuk atau kehendak soalan.
3.
Yang berikut merupakan contoh rangka karangan yang boleh anda jadikan panduan.

Pendahuluan:

komputer – rekaan sains yang canggih – digunakan secara meluas
Isi-isi:


mengandungi pelbagai program – dapat memudahkan kerja-kerja manusia


jika terdapat kesalahan, mudah dipadam atau diubah suai mengikut cita rasa – kerja lebih kemas dan menarik.


berfungsi sebagai media pengajaran dan pembelajaran sama ada di rumah atau di sekolah.


maklumat dapat disimpan dengan selamat.
Penutupan:

kebaikan – membantu manusia – perkembangan teknologi  maklumat yang canggih dan menghiburkan

Penulisan : Biografi
Ciri-ciri Karangan Biografi 
1.
Karangan biografi adalah karangan tentang manusia manakala karangan autobiografi menceritakan tentang benda atau sesuatu perkara.

2.
Karangan ini menceritakan
  • latar belakang
  • nama, umur, tempat lahir , tempat tinggal, pekerjaan dan sebagainya.

3.
Karangan jenis ini menceritakan juga tentang perjalanan hidup serta diri watak .
4.
Sebelum ditulis tentang watak tokoh, anda telah tahu banyak tentang dirinya.

5.
Penghuraian mestilah tepat dan tersusun.

6.
Gunakan bahasa dan bentuk penyampaian yang sederhana .

7.
Pastikan fakta atau penerangan yang diberikan tepat  dan tidak menyeleweng daripada perkara yang sebenar



Penulisan:  Laporan.

1.     Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa      yang didengar atau dilihat.
2.       Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
3.   Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik.
4.   Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
5.  Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
6.    Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran.
7. Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
8.     Gunakan bahasa yang ringkas dan padat

Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris.
atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah.
Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.

Isi Laporan: Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.
Pengakuan pelapor: Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.
Tarikh: Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.
Tandatangan pelapor:Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.
Nama Pelapor: Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.
Jawatan Pelapor: Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma  dihujungnya .
Seterusnya:  ditulis nama persatuan yang diwakili
Contoh Karangan Laporan.
Tajuk : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut .Sediakan laporan itu selengkapnya.
Rangka:
1.Pendahuluan:
penubuhan persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan
2.Isi
a)       kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang
b)       ceramah -pensyarah dari USM
c)       gotong-royong membersihkan kawasan sekolah
d)       lawatan ke Taman Ular
3.Penutup
Berterima kasih kepada guru penasihat.


CONTOH KARANGAN:

Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau.
          Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri  daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.
          Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah”Peraduan Menulis Esei Tentang Sains”.Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.
          Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan  pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.
          Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut  Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.
          Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami juga berterima kasih  kepada guru penasihat,Cikgu  Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.
Disediakan oleh,                                                                 25 Januari 1996
      Azmi
_______________
(AZMI SULAIMAN)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh,Terengganu.
  

Tajuk : Sekolah anda telah mengadakan Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Anda sebagai setiausaha Badan Pengawas Sekolah diminta membuat laporan tersebut.
           
 LAPORAN KEMPEN PENGUNAAN BAHASA BAKU

          Pada 15 hingga 22 Februari 1997 , Sekolah Kebangsaan Darau telah mengadakan Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Kempen ini telah dilancarkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Besut , Encik Ahmad Harif.
          Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meluaskan penggunaan bahasa baku di kalangan murid-murid. Di samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk memupuk minat pelajar mendalami bahasa kebangsaan.
          Sempena kempen ini, pelbagai acara menarik telah dijalankan. Bagi murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 pertandingan syarahan, perbahasan, mengarang esei telah dianjurkan. Manakala bagi murid-murid Tahun 1, 2, dan 3 pula diadakan pertandingan membaca sajak dan bercerita.
          Pada hari penutup, Tuan Guru Besar melahirkan rasa kesyukuran kerana kempen ini telah berjalan dengan lancar. Para pemenang setiap pertandingan telah diberi hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan.

Disediakan oleh,
   Osman
……………………
( OSMAN BIN JUSOH )
Setiausaha,
Badan Pengawas,
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh.



Catat Ulasan