Rabu, 12 Disember 2012




 KEMAHIRAN  MENULIS

Kemahiran menulis menulis merujuk kebolehan murid menulis perkataan & ayat serta  mengeluarkan idea menerusi  pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman Kreatif atau bukan kreatif.Ia juga melibatkan penggunaan ayat yg gramatis, tanda baca dan predikat yg betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemasserta  ejaan yang betul.




Konsep Menulis

 Kemahiran murid berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.-Murid perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.



Berikut ialah beberapa tujuan menulis

1.       Melahirkan murid yang dapat menjana idea, pendapat, situasi atau tajuk ke dalam               bentuk karangan.
2.       Melatih murid melahirkan idea.
3.       Melatih murid menghujah dan mengembangkan idea.
4.       Melatih murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul.
5.       Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul       berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.
6.       Melatih murid menggunakan format karangan yang betul.
7.       Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari.
8.       Menyediakan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.
9.       Menyuburkan minda dan fizikal murid.
10.     Meluaskan Kosa Kata.
11.      Memberikan kepuasan jiwa.

Menulis boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu pramenulis,mekanis dan pelahiran.

Peringkat Pramenulis

Aktiviti menulis iaitu sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Merupakan aktiviti latihan otot dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid.Di antara aktivitinya ialah  menulis dari kiri ke kanan, latihan mewarnakan dari kiri ke kanan,latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis, menyambung titik, membuat corak, membuat garis lurus dan melukis gambar.

Peringkat Mekanis

Pada peringkat ini murid diajar untuk menguasai dan membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya diajar menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat misalnya menulis bentuk-bentuk yang serupa kepada huruf mengikut teknik menulis, menulis bentuk-bentuk huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.


Peringkat Pelahiran

Pada peringkat ini murid telah menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Murid juga sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan (sudah matang). Guru boleh memulakan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal dan secara berpandu. Kemudian didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.Contohnya seperti menulis jawapan pemahaman,menulis karangan,menulis ayat berdasarkan gambar, membina ayat, memanjangkan ayat, menulis rencana,mengisi silang kata serta melengkapkan ayat.


Penulisan terkawal (disediakan oleh guru)

Aktiviti yang boleh dijalankan ialah mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan dan menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap.

Penulisan separa terkawal (disediakan oleh guru)

    Aktiviti yang boleh dijalankan ialah menggantikan perkataan yang telah dipadamkan dengan perkataan lain yang telah disediakan.

Penulisan Karangan berpandu (guru memandu murid menulis)

    Murid boleh menulis semula cerita,menulis karangan berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk dan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya.

Penulisan Bebas

Guru akan menyedia tajuk dan murid bebas mengolah secara individu, kolaboratif dan koperatif.Contohnya naratif(cerita, laporan,rencana, ulasa),argumentative (bahas, perbincanagan, kritikan),deskritif(gambaran, peristiwa, benda, perwatakan),kreatif( puisi, cerpen, drama) dan imaginatif( pengalaman).

Catat Ulasan