Ahad, 25 November 2012



            KATA HUBUNG

1.
Kata hubung ialah kata yang menghubungkan dua atau lebih kata, frasa, klausa, atau ayat.
2.
Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
 
a.
kata hubung gabungan
 
b.
kata hubung pancangan
 
c.
kata hubung berpasangan
3.
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk membentuk ayat majmuk gabungan.
Contohnya:
atau, dan, kecuali, lalu, maka, serta
4.
Kata hubung pancangan ialah kata yang digunakan untuk memancangkan satu klausa dengan klausa yang lain untuk membantuk ayat pancangan.
Contohnya:
agar, supaya, bahawa, hingga, jika, kalau, kerana, manakala, sebelum
5
Kata hubung berpasangan pula ialah kata yang hadir berpasangan dalam bentuk ayat majmuk.
Contohnya:
baik…mahupun, entah…entah, jangankan…pun, sungguhpun…namun, makin…makin














CONTOH LATIHAN KATA HUBUNG




Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 


1.     Nazmi akan pergi ke bandar dengan menaiki bas  ……………… teksi.
A.       atau
B.       serta
C.       dan
D.       juga
 
2.     Naqiuddin  sudah pun menyiapkan kerja sekolahnya ………………. dia menolong ibunya di dapur.
A.       sambil
B.       lantas
C.       serta
D.       dan
 
3.     Datuk Toha kaya …………………sangat kedekut dengan anak-anaknya.
A.   maka
 B.   dan
 C.  serta
       D.  tetapi
 
4.     Nora  berlari ………………… memegang payung.
A.       maka
B.       jika
C.       sambil
D.       selepas
 
5.     Baik lelaki …………………perempuan mempunyai hak yang sama.
A.       mahupun
B.       bukan saja
C.       dan
D.       atau
 
6.     Jangankan ibu, ayah ………………tidak larat mengangkat batu giling yang berat itu.
A.       biarpun
B.       agar
C.       pun
D.       kan
7.     Walaupun pemuda itu miskin ……………….dia berhati mulia.
A.       tetapi
B.       dan
C.       serta
D.       maka
8.    Dua beradik itu hendak melanjutkan pelajaran mereka …………. bapa mereka kesempitan wang.
A.       dan
B.       lalu
C.       serta
D.       tetapi
 
9.    Budak kecil itu melekatkan setem pada sampul surat …………………… memasukkannya ke dalam peti surat.
A.  tetapi
      B. kemudian
C. malahan
D. sambil
 
10.  Semua murid Tahun 2 Gemilang bersorak di  tepi padang ……………. melompat-lompat kegembiraan kerana rakan-rakan mereka telah memenangi perlawanan bola sepak.
A.       malahan
B.       sambil
C.       tetapi
D.       atau
 
11.  Mengambil gula ……………… garam secara berlebihan boleh membawa padah yang buruk kepada kesihatan seseorang yang telah berumur.
A.       malahan
B.       tetapi
C.       atau
D.       lalu 
12.  Encik Safwan  rajin bekerja, ………….pangkatnya dinaikkan.
      A. tetapi
 B. dan
 C. atau
       D. maka 
13.  Encik Junus bukan sahaja gemar memancing …………… gemar juga melancong.
A.     atau
B.     serta
C.     malahan
D.     maka 
14.  …………… ayah  berkursus di Indonesia, beliau telah berpesan supaya kami rajin belajar.
A.       Sementara
B.       Sebelum
C.       Setelah
D.       Sejak 
15.  Saya doakan ……………… saudara mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
A.     ketika
B.     biarpun
C.     agar
D.     sementara 
16.  Pak Mustafa dan anaknya datang ……………. kami sekeluarga sedang makan tengah hari.
A.     tatkala
B.     meskipun
C.     supaya
D.     sungguhpun 
17.  Ibu menasihati kami supaya memperlahankan radio ……………… melihat adik sudah tidur di dalam buaian.
A.       selagi
B.       sebelum
C.       apabila
D.       sejak 
18.  Sebentuk cincin berlian disarungkan ke jari manisnya ………………. upacara akad nikah dijalankan.
A.     sementara
B.     setelah
C.     sehingga
D.     sekiranya 
19.  Beberapa ekor monyet liar telah ditembak ……………. kakitangan Majlis Daerah Segamat menjalankan operasi.
A.       sewaktu
B.       manakala
C.       selagi
D.       andaikata 
20.  Pak Yahaya menggagahkan diri turun ke laut untuk menangkap ikan ………….hujan lebat
A.       walaupun
B.       sewaktu
C.       apabila
D.       andaikata 
21.  Barang-barang kosmetik syarikat itu …………….. di pasarkan di Malaysia …………… di luar negara.
A.     jangankan ………..tetapi
B.     entah …………….entah
C.     bukan sahaja …. tetapi juga
D.     baik …………….. tetapi
22.  Penyakit ibu tua itu …………… hari ………… tenat.
A.       makin ………..makin
B.       semakin ……….. mahupun
C.       baik ……………. mahupun
D.       sedangkan ……..pun
23.  Lori itu terbabas …………….…. melanggar tiang lampu di tepi jalan itu.
A.       atau
B.       lalu
C.       dan
D.       tetapi 
24.  …………. bekerja, Hashim memberikan sedikit wang kepada ayahnya di kampung.
A.       dan
B.       setelah
C.       lantas
D.       jika 
25.  ………………….. kini, masih belum ada penawar bagi penyakit itu.
A.       Sebelum
B.       Sewaktu
C.       Sehingga
D.       Sementara




Catat Ulasan