SAJAK MELAYU
Melayu
itu orang yang bijaksana
Nakalnya
bersulam jenaka
Budi
bahasanya tidak terkira
Kurang
ajarnya tetap santun
Jika
menipu pun masih bersopan
Bila
mengampu bijak beralas tangan
Melayu
itu berani jika bersalah
Kecut
takut kerana benar
Janji
simpan di perut
Selalu
pecah di mulut
Biar
mati adat
Jangan
mati anak
Dalam
sejarahnya
Melayu
itu pengembara lautan
Melorongkan
jalur sejarah zaman
Begitu
luas daerah sempadan
Sayangnya
kini segala kehilangan
Melayu
itu kaya falsafahnya
Meninggi
bukan melonjak
Watak
Melayu menolak permusuhan
Setia
dan sabar tiada sempadan
Tapi
jika marah tak nampak telinga
Musuh
dicari ke lubang cacing
Tak
dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah
dan agama dihina jangan
Hebat
amuknya tak kenal lawan
Berdamai
cara Melayu indah sekali
Silaturrahim
hati yang murni
Maaf
diungkap senantiasa bersahut
Tangan
diulur sentiasa bersambut
Luka
pun tidak lagi berparut
Baiknya
hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga
yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah budaya
Catat Ulasan