Khamis, 13 Disember 2012

Ayat Mengandungi Diftong Dan Vokal Berganding.



  

 1.    Ikan kaloi makan sekoi.


 2.    Bapa pancing ikan kaloi di tasik.


3.    Datuk asah pisau yang tumpul itu.


4.    Ulat itu makan daun.


5.    Abang suka dengar radio.


6.    Daun sirih warna hijau.


7.    Adik selalu main buih sabun.


8.    Anak tupai suka panjat pokok.


9.    Fifi suka minum air suam.


10.  Emak pakai kain batik di rumah.


Petikan Mengandungi Diftong Dan Vokal Berganding




Ini kolam Pak Mail.

Dalam kolam ini ada ikan kaloi.

Pak Mail beri ikan makan sekoi.

Dalam kolam Pak Mail ada bunga teratai.

Ikan kaloi tinggal di bawah daun teratai.




Datuk dan nenek saya tinggal di kampung.
Datuk tanam pelbagai pokok buah.
Ada buah durian,manggis dan limau.
Di tepi rumah datuk saya ada sungai.
Air sungai itu jernih dan bersih.
Dalam sungai ada banyak ikan.
Datuk pancing ikan menggunakan kail. 







Rabu, 12 Disember 2012


KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


Kemahiran Mendengar 

Kemahiran mendengar : Merupakan kemahiran yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan (receptive level).Seseorang murid yang telah menguasai kemahiran ini harus dapat mendengar dengan baik maklumat yang disampaikan dan memahami apa yang disampaikan seterusnya menginterpretasikan apa yang mereka fahami daripada maklumat tersebut.
Dalam buku ‘Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan’ yang ditulis oleh Kamarudin Haji Husin menyatakan bahawa pendengaran merupakan gabungan segala yang didengar, difahami dan dingat.

Kemahiran bertutur 

 Kemahiran bertutur : iaitu kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan manusia. Merupakan kemahiran interaksi menggunakan bahasa. Ianya berlaku pada peringkat productive level. Ianya tidak boleh dicipta oeh pelajar tetapi ia mesti ditiru dan diajuk.Dalam kemahiran bertutur sebutan dan intonasi amat dititikberatkan, oleh itu guru mestilah dapat memastikan murid mereka dapat membezakan sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai.  Menjadi tugas guru juga dalam memastikan murid dapat mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun menggunakan frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan.

KEMAHIRAN MEMBACA


Kemahiran membaca adalah salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca merupakan susulan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Menerusi pembacaan, seseorang berupaya memperoleh ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca membantu meningkatkan dan memperluaskan pemikiran,idea serta meningkatkan daya kemahiran kreatif dan kritis seseorang individu dalam pelbagai bidang.

Membaca merupakan proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.



 KEMAHIRAN  MENULIS

Kemahiran menulis menulis merujuk kebolehan murid menulis perkataan & ayat serta  mengeluarkan idea menerusi  pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman Kreatif atau bukan kreatif.Ia juga melibatkan penggunaan ayat yg gramatis, tanda baca dan predikat yg betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemasserta  ejaan yang betul.




Konsep Menulis

 Kemahiran murid berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.-Murid perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

Sabtu, 1 Disember 2012




 SAJAK MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun 
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar 
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat 
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya

Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan 
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing 
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut 
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah budaya